'pada 20/10/2020, saya telah membuat satu laporan polis diatas nasihat peguam saya. Tujuan laporan ini adalah bertujuan untuk memberhentikan dan menafikan segala fitnah yg berleluasa ttg diri saya berkenaan isu macau scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran, saya juga akan bekerjasama dengan pihak SPRM dan pihak POLIS jika dipangil untuk memberikan kerjasama dan saya juga akan mengambil tindakan kepada individu yg telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut, Tindakan susulan dari pihak guaman akan dijalankan, laporan kes ini kini didalam siasatan, saya tidak akn membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan dari pihak polis selesai. Sekin terima kasih.